Thursday 17 November 2011

Mat Sepi.

Ditinggal ia meroyan dek kerana rindu.
Lalu ia menghiris-hiris hatinya.
Tinggalkan garisan-garisan.
Di susun ia patah-patah perkataan.
Rasa pedih ia endahkan.
Ia tahu, cinta perlu berkorban.
Menitis-nitis air dari mata ia.
Demi kekasih ia tegar.
Dilapah hati ia.
Biar si kekasih tahu
Yang ironinya ia sunyi.

Wednesday 16 November 2011


PROJEK RABAK dan IPOH HAINAN CHICKEN RICE dengan kerjasama RUMAH ANAK TEATER mempersembahkan:

Tayangan Filem 'JLN. Pintas'

Jalan Pintas merupakan sebuah cereka yang berkisar tentang watak Bakar -seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan , juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga –ibu dan seorang adik perempuannya.

Melalui Jalan Pintas, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita jumpa di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari – dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

PELAKON: Auf Abd Razak, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Mislina Mustafa, Sara Ali, Fikhree Bakar, Sharifah Amani, Xavier Fong, Dina Zainal, Yaya Nazri, Beto Kushairy, Rizainuddin, Azhanrani dan ramai lagi.

PENGARAH: Nam Ron
SKRIP: Nam Ron & Fared Ayam
PRODUSER: Faisal Mustaffa

Monday 14 November 2011

Malam.

Bila malam, kau datang lagi.. Dalam bentuk mimpi.

#Biarlah malam berterusan, dan kau tak akan hilang
.

Sunday 13 November 2011

Satu. Empat. Tiga.

Gelap.
Yang bingit hanyalah degusan angin.
Perlahan-lahan menghembus.
Dingin.
Kau lena dalam dakapan.
Hangat cinta yang aku rembeskan
.

Tuhan, untuk kali ini.

Malam ni, senyuman tak lagi menitir di bibir.
Nikotin aku sedut dan aku hembus.
Kepul-kepul berterbangan ke udara.
Aku lihat di balik tirai, tubuh perempuan.
Kaku, tak bersuara.
Dan aku tahu, itu bukan kau.
Bayangan lama mula berlegar.
Bercelaru serupa gila.
Dingin, .
Angin-angin rindu mula membelai tubuh.
Ah...entahlah.......
Suara kau bagai berbisik manja.
Lemah..Aku, aku lemah.
Tapi malam ini sunyi.
Sepi.
Tuhan, untuk kali ini.
Aku pinta.
Dan pinta.
Lagi.
Lagi.
Dan lagi.
hmmmmm...
Kembali kan apa yang pernah ada.
Dan ketika itu.
Aku akan mula tersenyum.
Tanda dia ada.
Terima kasih tuhan.

Break Out Day!!! 12 Nov 2011 #Taiping


Azwan Ahmad



Iqbal M & Mohd Jayzuan



Aizat Halim


Shima Scarlet


Hakim Dengkoi



Memey


Riduan A-Dullah


Peteng


Bay


Cookie Jar


Haziq Pratama


Seyn


Iqbal M



Mohd Jayzuan