Monday 31 December 2012

Senja akhir.

Senja ini mungkin yang terakhir bagi tahun yang penuh dengan kenangan dan peristiwa bagi aku. Telah banyak yang aku korbankan telah banyak yang aku serahkan. Tapi ini mungkin bukan yang terakhir bagi semua kepastian yang bakal mendatang. Cinta, perkara yang paling indah bagi aku. Cinta datang diakhir-akhir tahun ini. Ia buat aku seperti merasakan sesuatu yang indah, yang cantik, yang bahagia datang dan langsung terjah dalam hati yang dulunya penuh dengan benci. sepi..... Terima kasih tuhan kerana beri aku kesempatan ini untuk merasa cinta.. Tiada lagi sepi tiada lagi sunyi tiada kosong tiada lagi tiada...

Monday 24 December 2012


SS

Pagi.

aku terima hadiah.

walau bukan hari lahir.

kiriman dari tuhan.

terima kasih tuhan.
aku bukan ingin ngemis rasa.

yang datang walau sekejap cuma.

sang peri datang bersama cinta.

ingin ku terjah jauh disudut hatimu.

yang engkau bagai punya sakti bagiku.

masa.

putaran mungkin tak sama.

makin lama.

makin aku rasa sakit.

bukan sakit biasa.

tapi sakit cinta.

bagi ku,

engkau sempurna.

walau kita tak pernah bersua.

Saturday 1 December 2012

Duka.

Maafkan aku.

Air mata itu, cukup suci bagi aku.

Air mata yang keluar dari rasa yang ikhlas mencintai manusia.

Maafkan aku.