Monday, 31 December 2012

Senja akhir.

Senja ini mungkin yang terakhir bagi tahun yang penuh dengan kenangan dan peristiwa bagi aku. Telah banyak yang aku korbankan telah banyak yang aku serahkan. Tapi ini mungkin bukan yang terakhir bagi semua kepastian yang bakal mendatang. Cinta, perkara yang paling indah bagi aku. Cinta datang diakhir-akhir tahun ini. Ia buat aku seperti merasakan sesuatu yang indah, yang cantik, yang bahagia datang dan langsung terjah dalam hati yang dulunya penuh dengan benci. sepi..... Terima kasih tuhan kerana beri aku kesempatan ini untuk merasa cinta.. Tiada lagi sepi tiada lagi sunyi tiada kosong tiada lagi tiada...

Monday, 24 December 2012


SS

Pagi.

aku terima hadiah.

walau bukan hari lahir.

kiriman dari tuhan.

terima kasih tuhan.
aku bukan ingin ngemis rasa.

yang datang walau sekejap cuma.

sang peri datang bersama cinta.

ingin ku terjah jauh disudut hatimu.

yang engkau bagai punya sakti bagiku.

masa.

putaran mungkin tak sama.

makin lama.

makin aku rasa sakit.

bukan sakit biasa.

tapi sakit cinta.

bagi ku,

engkau sempurna.

walau kita tak pernah bersua.

Saturday, 1 December 2012

Duka.

Maafkan aku.

Air mata itu, cukup suci bagi aku.

Air mata yang keluar dari rasa yang ikhlas mencintai manusia.

Maafkan aku.

Wednesday, 28 November 2012


aku perlu lebih tegar.
walau hilang upaya.
kerana aku tahu.
engkau bukan milik aku.
cuma perbualan sejam dua.
tapi.
itu bukan tanda aku menyerah.
walau aku sudah pun kalah.
seribu, dua ribu, tiga ribu, beribu ribu ribu ribu ribu. . . . . . . .
tahun.
sekalipun akan aku tunggu.
dan.
andai
aku.
gagal.
lagi..
tuhan.
kirim kan puisi cinta ini buatnya.
.............

From Sarawak with Love.

Aku terjaga.
Dari tidur yang mula lena.
Cerah.
Lampu neon mencerahkan gelap bilik.
Ahh.
Terima panggilan.
Jauh dari seberang.
Rupanya dia.
Penakluk mutlak isi hati.
Buat malam terus cerah.
Penuhi setiap ruang dengan cinta.
Ini cinta, bukan dusta..

Friday, 2 November 2012

Aku hanya boleh menulis ketika aku dalam keadaan bosan, sedih, sunyi, babi, sial, pukimak, lancau..
Apa yang aku tulis hanyalah ekspresi daripada apa yang terbentang dalam hati aku yang tak pernah pun sesiapa yang ambik peduli.
Bodoh, tak perlu ratapi, tangisi, kasihani atau pergi mati. Perasaan memang macam ni. Tak semua kebahagian tu kau boleh dapat.
Samalah macam kau tengok game Man U. Kau nak Man U kalah, kau bersorak, gembira. Tapi bila Man U menang? Kau tak puas hati.
Dunia ni taklah sekejam macam apa yang kita sangka kan.
Cuma jangan buat taik, kalau kau tak nak orang lempar taik dalam anak tekak kau..
.......
...
..

Kabur

Hari ini.
Suasana sama.
Bunyi yang sama.
Suhu yang sama.
Penglihatan yang sama.
Rasa yang sama, tak banyak beza.
Aku berdiri dicelahan air hujan yang titis.
Membanjiri seluruh kelopak mata aku.
Kabur..

Friday, 28 September 2012

Jumaat tak banyak beza dengan hari-hari lain. Cuma lelaki lebih tak suka kalau keluar pada hari jumaat sebab pergerakan semua macam terbatas. Tepat jarum jam betul-betul di numbur 1 semua lelaki dah kena bersiap untuk menunaikan fardu jumaat. Pakai baju melayu, pakai pelekat, pakai songkok, pakai ketayap, pakai minyak attar, serba serbi suci sebab nak menghadap maha illahi.


Dan aku.
masih lagi mengapai-gapai tangan cari selimut yang jatuh bawah katil ketika nyenyak tidur semalam.

Thursday, 27 September 2012



Selamat datang kedalam dunia kegelapan. Tiada cahaya meliar yang dapat menembusi pintu kegelapan. Semuanya bakal berakhir. Gelap. G E L A P. hitam, buta atau apa? Kehidupan dalam erti kata lain mati. Yang ada cuma hitam. Takut? Untuk apa? Bayang-bayang sendiri cuma mertetawakan aku dalam hidup yang penuh kosong dengan segala macam yang serba serbi tiada. Bodoh aku sebab terlalu mengharap. Yang tinggal makan diri sendiri. Sengsara bertemankan gambar dan bait-bait ayat cinta pundek kau dengan dia. Lancau.


Lonely atau pergi mati ?

Wednesday, 26 September 2012

"bahagia tu macam makan gula-gula kapas, tak sampai 5 minit dah habis.."
Entah, jasad ini seperti terbiar lalai dengan apa segala perkara tak dapat diungkap. Ditepis pipi sekasar pasir ini namun tetap jua berkhayal dalam skop syurga yang sengaja direka oleh diri ini untuk memuaskan kebahagian plastik. Jasad separa ilusi bermain dan sentiasa berlegar membutuh cinta yang juga di definasikan lancau bagi sesetengah hamba yang tewas dalam pertempuran gila merebut cinta yang bukan mutlak. Bodoh. Cahaya-cahaya putih yang masih lagi gagal menembus konkrit-konkrit besi yang membaluti hati untuk menerima kenyataan itu. Sampai bila pun aku tetap akan bermimpi...



Andai aku terjaga, jasad aku pasti mati.

sajak luka. (saka)

Malam.
Sepi.
Dalam gelap.
Aku pinta.
Pada tuhan yang esa.
Jika aku punya masa.
Walau sedetik dua.
Agar.
Dapat aku merasa.
Bahagia.
Yang tinggal sisa-sisa.

vārds

entah.
kenapa.
mengapa.
untuk siapa?
mungkin sukar.
fahami setiap bait-bait kata.
yang tersirat duka.
cukup buat aku terluka.
Terperosok.
Jauh.
Dalam.
Hilang.
Entah.
Cuba.
Berkali.
Walau aku sedar.
Yang kita tak punya.
Rasa.
Yang sama.
Redha.
Bukan erti.
Kalah.
Bahagia.
Bukan untuk.
Dipaksa.

Sunyi, hujan rintik-rintik.
bersembunyi dalam bilik.
malu melihat cahaya.
yang makin lama makin pudar.
merenung segenap penjuru.
mencari ruang yang masih tinggal.
kosong.

Tuesday, 25 September 2012

Sayang walaupun aku pergi kerana kau tak mencintai aku, tapi aku harap kau mengerti apa rasanya ditinggalkan dan semoga kau juga ditinggalkan dan selepas itu aku akan pastikan yang aku dapat membahagiakan kau seperti mana yang aku katakan sebelum kau meninggalkan aku dulu.
-Awan Ahmad-

Sunday, 1 January 2012

Hikayat remaja Millenium berpaksi Jahilliah.

Senja mula tengelam.
Dalam pandangan mata sasau.
Jiwa kacau melilau.
Bergelimpangan tubuh mula merayau.
Satu tinggalkan terpalit dosa lampau.
Dahagakan kepuasan lancau.
Dari gejolak rasa muda.
Bergelora masih.
Percikkan api tanda bermula.
Yang teruna ketagih dara.
Berpeleseran bagai.
Lesu.
Berdarah campuran melayu buddha.
Bermula hikayat remaja millenium berpaksi jahilliah.

Eksperimen merah

Dari segenap tubuh aku teroka.
Cari ruang-ruang buat engkau.
Makin dalam makin aku hilang.
Gagal dan terus mati.
Satu per sepuluh.
Hati ini kosong.
Menyelinap celah tulang-menulang.
Mengalir dari saraf tunjang.
Penerokaan aku terhenti.
Di satu sudut yang paling hujung.
Berinci dalam.
Tembus cahaya-cahaya merah.
Makin lama denyutan merah.
Makin lemah.
Aku tak bisa keluar.
Walau di tebuk rangka-rangka ampuh.
Tetapi masih gagal.
Aku sesat dalam ruang merah.
Milik aku.
Dalam samar-samar.
Aku mati.
Dalam pekung merah.
Hanya pesanan aku tinggalkan.
Yang hati ini mutlak milik engkau.
Tak ada kata dua.