Friday, 28 September 2012

Jumaat tak banyak beza dengan hari-hari lain. Cuma lelaki lebih tak suka kalau keluar pada hari jumaat sebab pergerakan semua macam terbatas. Tepat jarum jam betul-betul di numbur 1 semua lelaki dah kena bersiap untuk menunaikan fardu jumaat. Pakai baju melayu, pakai pelekat, pakai songkok, pakai ketayap, pakai minyak attar, serba serbi suci sebab nak menghadap maha illahi.


Dan aku.
masih lagi mengapai-gapai tangan cari selimut yang jatuh bawah katil ketika nyenyak tidur semalam.

Thursday, 27 September 2012



Selamat datang kedalam dunia kegelapan. Tiada cahaya meliar yang dapat menembusi pintu kegelapan. Semuanya bakal berakhir. Gelap. G E L A P. hitam, buta atau apa? Kehidupan dalam erti kata lain mati. Yang ada cuma hitam. Takut? Untuk apa? Bayang-bayang sendiri cuma mertetawakan aku dalam hidup yang penuh kosong dengan segala macam yang serba serbi tiada. Bodoh aku sebab terlalu mengharap. Yang tinggal makan diri sendiri. Sengsara bertemankan gambar dan bait-bait ayat cinta pundek kau dengan dia. Lancau.


Lonely atau pergi mati ?

Wednesday, 26 September 2012

"bahagia tu macam makan gula-gula kapas, tak sampai 5 minit dah habis.."
Entah, jasad ini seperti terbiar lalai dengan apa segala perkara tak dapat diungkap. Ditepis pipi sekasar pasir ini namun tetap jua berkhayal dalam skop syurga yang sengaja direka oleh diri ini untuk memuaskan kebahagian plastik. Jasad separa ilusi bermain dan sentiasa berlegar membutuh cinta yang juga di definasikan lancau bagi sesetengah hamba yang tewas dalam pertempuran gila merebut cinta yang bukan mutlak. Bodoh. Cahaya-cahaya putih yang masih lagi gagal menembus konkrit-konkrit besi yang membaluti hati untuk menerima kenyataan itu. Sampai bila pun aku tetap akan bermimpi...



Andai aku terjaga, jasad aku pasti mati.

sajak luka. (saka)

Malam.
Sepi.
Dalam gelap.
Aku pinta.
Pada tuhan yang esa.
Jika aku punya masa.
Walau sedetik dua.
Agar.
Dapat aku merasa.
Bahagia.
Yang tinggal sisa-sisa.

vārds

entah.
kenapa.
mengapa.
untuk siapa?
mungkin sukar.
fahami setiap bait-bait kata.
yang tersirat duka.
cukup buat aku terluka.
Terperosok.
Jauh.
Dalam.
Hilang.
Entah.
Cuba.
Berkali.
Walau aku sedar.
Yang kita tak punya.
Rasa.
Yang sama.
Redha.
Bukan erti.
Kalah.
Bahagia.
Bukan untuk.
Dipaksa.

Sunyi, hujan rintik-rintik.
bersembunyi dalam bilik.
malu melihat cahaya.
yang makin lama makin pudar.
merenung segenap penjuru.
mencari ruang yang masih tinggal.
kosong.

Tuesday, 25 September 2012

Sayang walaupun aku pergi kerana kau tak mencintai aku, tapi aku harap kau mengerti apa rasanya ditinggalkan dan semoga kau juga ditinggalkan dan selepas itu aku akan pastikan yang aku dapat membahagiakan kau seperti mana yang aku katakan sebelum kau meninggalkan aku dulu.
-Awan Ahmad-