Wednesday, 10 August 2011

Aku dan Aleeya

Aku dengan Aleeya sudah hampir 2 tahun bersama, tapi hubungan kami macam air laut yang sekejap pasang dan sekejap surut. Aku tak berkerja dan aku tak ada wang yang banyak untuk menampung kehidupan aku dan Aleeya. Aleeya dah ambil keputusan untuk lari dari rumah sebab nak hidup sama-sama dengan aku. Bagi kami, cinta ni tak ada siapa-siapa yang boleh halang. Selama 2 tahun kami bersama Aleeya langsung tak pernah mengeluh atau bosan dengan kehidupan kami sekarang. Malam kami akan menghabiskan masa-masa bersama, memuaskan keperluan nafsu masing-masing dalam flat projek perumahan kerajaan yang terbengkalai akibat korupsi. Dua jiwa muda yang bergelora di ambang awal remaja memang seronok. Semua benda aku dan Aleeya try. Dadah? arak? sex? semua tu dah jadi macam darah daging aku dan Aleeya. Cuma aku dan Aleeya bukanlah kaki clubbing yang sememangnya kami tak mampu nak bayar cover charge.hahaha..

Aku dapat duit sebab aku jadi pusher tolong member-member tolak "barang" dekat Mat-mat Pet yang nak kan benda haram tu. Hasil duit tu kadang-kadang aku belikan Aleeya baju, kasut, coli, panties, macam-macam lagi la. Pernah juga aku rasa menyesal, sebab aku Aleeya sanggup tinggalkan pengajiannya, kemewahannya, dan yang paling aku menyesal sebab Aleeya sanggup tinggalkan family dia di sebabkan aku. Dan disebabkan itu aku cuba menjadi yang terbaik untuk dia dan aku nak jaga Aleeya baik-baik. Walaupun kami dah jauh hanyut dalam alam remaja ni.
Pagi tu seperti biasa aku akan pergi jumpa Joe, tokan besar dekat area Ipoh ni untuk ambil "barang" dan hantar"barang" pada si Mat-mat Pet sekitar Ipoh. Dalam perjalanan aku nak hantar "barang" entah kenapa hati aku macam tergerak nak call Aleeya.

Aku: Hello sayang. Kau dah bagun ke?

Aleeya: Hai sayang, aku dah bagun dah.

Aku: Kau mesti lapar kan?

Aleeya: Haha..Memang aku lapar la bodoh. Tunggu kau entah pukul berapa nak balik belikan aku makanan.

Aku: Haha..Sabar la sayang, kejap lagi aku balik aku belikan kau makanan ok? Err..Sayang.

Aleeya: Ye sayang.

Aku: Aku ada tinggalkan duit untuk kau. Aku letak bawah bantal kau tidur semalam. Duit tu duit hasil aku kerja, semuanya untuk kau. Kau gunalah duit tu.

Aleeya: Kenapa kau cakap macam tu bodoh? Aku tak perlu pun semua duit-duit kau. Yang penting kau dapat bagi aku makan untuk terus hidup. Tu dah cukup. Dan yang paling penting kau dapat temankan malam-malam aku.

Aku: Tak, aku cuma nak bagitau kau yang aku dah simpan duit untuk masa depan kita. Bye..

Tutt..tuutt.tutt..tuutt..

Aleeya: Hah?? Apa kau cakap ni? Hello? Hello? Hello?

Aku terus letak telefon sebab aku malas nak cakap lama-lama dengan Aleeya kerana aku dah sampai dan mula nak pass"barang" dekat Mat Pet yang dah tunggu aku dekat lorong ni.

Aku: Bro, aku runner Joe yang kau pesan "barang" tadi.

Mat Pet: Ok cun bro. Berapa?

Aku: Macam biasa bro. Hahaha..

Mat Pet: Tak boleh diskaun ke? Aku hari-hari ambil dekat Joe.

Aku: Tak boleh bro, kitorang jual "barang" bukan jual sayur. Hahahah..

Mat Pet: Hahaha, jap aku ambil duit.

Zapppppppp!!!!!!!!!!!!!

Celaka!! Tangan aku di gari, lelaki yang aku sangka kan Mat Pet rupanya Polis yang menyamar jadi Mat Pet untuk banteras dadah dekat area Ipoh ni. Aku terperangkap! Babi! Aku terus di heret masuk dalam kereta Polis dan di bawa ke balai.
Kesalahan yang aku lakukan semestinya akan menerima hukuman gantung sampai mati. Maafkan aku Aleeya. Aku tak dapat nak belikan kau makanan untuk hari ni.

Aleeya: Weh.. Lambat lagi ke kau balik, aku dah lapar ni.hmmmm....

Saturday, 6 August 2011

Dunia keluli cap manusia puki

argggghh....


Terjerut-jerut nafas bagai tersangkut.
Udara masuk,masuk,masuk,masuk aku hembus..
Nyawa-nyawa aku kecut.
Kulit aku siat,siat,siat,siat,siat biar tipis.
Aku carik-carik bulu jadi bilis.


Heiiiiiii....


Mata?mana? mata yang kau perhati??
Atau kau hanya mahu melihat aku dalam keadaan bersembunyi.
Berdiri di balik tembok keluli.
Memerhati dengan perasaan keji.


Hakkk tuiii...


Mana hak aku yang kau janji kan?
Jadi barua si petualang-petualang.
Yang sekarang aku rasa sedang senang-lenang.
Menghambur duit-duit tak henti-henti.
Perangai serupa puki.

arggggggghhhhhhhhh.........

Bangkit manusia-manusia tertindas!
Jangan di tunggu ayam jantan bertelur.
Bingkas!!!!!
Pertuhankan hak kalian.
Pertaruhkan keringat-keringat jantan.
Demi anak-anak dan masa depan.
Jangan ikut bontot manusia bertopengkan syaitan..

Biar kau tak ketinggalan.
Dalam negara menuju kemodenan.
Yang jantan bertukar pondan.
Yang betina bertukar jantan.
Itulah dunia yang dulu kau dodoikan.
Dan sekarang jadi tawanan.
Dalam keadaan ketakutan.

Bangkit!!!

Friday, 5 August 2011

Rabak Fundraising Untuk Anak Yatim @ Uptown Ipoh

Come join us.


PROJEK RABAK dengan sokongan INSTITUT DARUL RIDZUAN menganjurkan;

Booth mingguan menjual pelbagai barangan; buku, zine, handmade D.I.Y t-shirt, seluar second hand, cakera padat dan lain-lain lagi. Sediakan wang untuk membeli-belah di booth kami!

Terdapat pelbagai jenis buku yang lu orang boleh dapat termasuklah:
'Bogel Menuju Tuhan' - Zahiril Adzim
'Anarki di Kuala Lumpur' - Mohd Jayzuan
'28 Hari: Jurnal Rock n' Roll' - Mohd Jayzuan
'Pada Sebuah Ketentuan' - Fared Ayam
'Stabil: Puisi dan Catatan' - Fared Ayam
'Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca - Sufian Abas
'Tangerin & Nikotin' - Mimi Morticia
'Nyaman Si Puding Roti' - Cikha Sidinaali

Selain itu terdapat zine-zine hasil tulisan budak-budak Projek Rabak termasuk aku. Duit hasil pembelian zine akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim Ipoh.
Pada waktu yang sama terdapat juga persembahan-persembahan busker, bacaan puisi, Monolog, teater jalanan dan banyak lagi bermula dari pukul 9 malam. Datanglah ramai-ramai untuk support this event pada masa yang sama lu orang boleh beramal..:)

Selamat Beramal..