Friday 5 August 2011

Rabak Fundraising Untuk Anak Yatim @ Uptown Ipoh

Come join us.


PROJEK RABAK dengan sokongan INSTITUT DARUL RIDZUAN menganjurkan;

Booth mingguan menjual pelbagai barangan; buku, zine, handmade D.I.Y t-shirt, seluar second hand, cakera padat dan lain-lain lagi. Sediakan wang untuk membeli-belah di booth kami!

Terdapat pelbagai jenis buku yang lu orang boleh dapat termasuklah:
'Bogel Menuju Tuhan' - Zahiril Adzim
'Anarki di Kuala Lumpur' - Mohd Jayzuan
'28 Hari: Jurnal Rock n' Roll' - Mohd Jayzuan
'Pada Sebuah Ketentuan' - Fared Ayam
'Stabil: Puisi dan Catatan' - Fared Ayam
'Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca - Sufian Abas
'Tangerin & Nikotin' - Mimi Morticia
'Nyaman Si Puding Roti' - Cikha Sidinaali

Selain itu terdapat zine-zine hasil tulisan budak-budak Projek Rabak termasuk aku. Duit hasil pembelian zine akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim Ipoh.
Pada waktu yang sama terdapat juga persembahan-persembahan busker, bacaan puisi, Monolog, teater jalanan dan banyak lagi bermula dari pukul 9 malam. Datanglah ramai-ramai untuk support this event pada masa yang sama lu orang boleh beramal..:)

Selamat Beramal..

2 comments: