Monday, 26 September 2011

Ayad

Telefon bimbit Ayad bergerak-gerak. Alat perhubungan komunikasi itu telah diset mood silent. Ayad lekas bangun dan capai telefon bimbit yang diletakkan diatas meja berhampiran dengan katilnya. Nama Una yang muncul di skrin. Hati Ayad mula tak keruan, peristiwa malam kelmarin tiba-tiba muncul di benak fikirannya. Una pasti mahukan kepastian mengapa Ayad tiba-tiba pergi meninggalkannya ketika makan malam pertama mereka. Ayad hanya memerhati telefon bimbit yang dipegangnya dengan wajah yang kusam. Dahinya berkerut-kerut, hati-hati kecilnya berbisik jawab panggilan dan terangkan apa sebenarnya yang terjadi. Ada juga suara-suara halus yang menyuruhnya mempedulikan sahaja panggilan telefon berkenaan, jangan dipedulikan perempuan tu. Kepala Ayad berputar seperti 360' darjah yang menterbitkan bintang-bintang bercahaya. Perlahan-lahan mata Ayad kabur, penglihatannya bagai disentap dan Ayad rebah di atas katilnya. Una tak henti-henti menelefon Ayad yang mahukan sebab mengapa Ayad beredar pada malam pertama mereka bersua. Air mata mula titis dari kelopak mata Una apabila teringatkan tentang peristiwa yang terjadi ke atas dirinya. Walaupun baru beberapa bulan mengenali Ayad, Una sudah mula jatuh hati dengan keperihatinan Ayad yang sanggup mendengar segala masalah yang dihadapi Una. Namun, peristiwa tempoh hari telah menjadi titik persoalan bagi Una tentang siapa Ayad sebenarnya.
Tiba-tiba telefon bimbit Una berbunyi, Una melihat skrin telefon bimbitnya tertera new message from Ayad. Una tersenyum sendiri.

Aku tunggu kau dekat Stesyen Keretapi Ipoh jam 11 malam ni. See you soon...

Air mata yang tadi basah mula kering, perasaan duka mula hapus dalam hatinya. Una segera bersiap untuk ketemu dengan Ayad di Stesyen Keretapi Ipoh.

Ayad termenung di balik di jendela. Memerhati rintikan hujan yang turun malam ini. Fikirannya mengelamun jauh. Pelbagai persoalan berlegar-legar di benak fikirannya. Kewujudan suara-suara halus sering menghantui dirinya sejak dia jatuh sakit sebulan yang lalu. Dr. Hazel, merupakan pakar neurologi atau pakar dalam penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf tunjang yang merawat Ayad ketika dia terlantar sakit tidak menemui sebarang petanda tentang penyakit yang dihadapi Ayad. Imbasan X-Ray yang dilakukan keatas otak Ayad juga tidak menemui sebarang petanda untuk mengaitkan Ayad dengan apa-apa penyakit. Keadaan itu meruncingkan Dr. Hazel ketika merawat Ayad. Akhirnya, Ayad dibenarkan keluar seminggu selepas dia menerima rawatan di Hospital Pantai Ipoh.
Setelah selesai bersiap, Una terus bergegas ke Stesyen Keretapi Ipoh untuk berjumpa dengan Ayad. Perasaan gembira jelas terpancar dari riak wajah Una yang tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Ayad. Ini merupakan kali kedua dia bertemu dengan Ayad selepas peristiwa yang terjadi tempoh hari.

Ayad menaiki Perak Transit menuju ke Stesyen Keretapi Ipoh, namun perasaannya bercampur baur untuk bertemu dengan Una. Ayad takut peristiwa tempoh hari berulang kembali. Kejadian yang berlaku tempoh hari adalah diluar jangkaanya. Ayad dengan tidak semena-mena berubah perwatakan menjadi agresif, seluruh tubuh mula mengigil dan suara-suara halus mula membisik jahat di fikirannya. Dia segera meninggalkan Una yang dalam keadaan binggung melihat kelakuan Ayad yang mula bertukar ganjil...

Una tiba di Stesyen Keretapi Ipoh 5 minit sebelum pukul 11 malam. Mata Una meliar tercari-cari bayang Ayad yang masih tidak kelihatan. Nikotin dinyalakan dan di hembus-hembus ke udara buat peneman kesunyian malam di Stesyen Keretapi Ipoh. Cuaca di Bandaraya Ipoh sejuk dan berkabus malam ini selepas hujan turun agak lebat dari petang tadi. Una duduk menghembus asap-asap nikotin sambil melayan udara-udara berkabus di sekitar Stesyen Keretapi Ipoh. Hampir 10 minit Una menunggu Ayad namun bayang Ayad masih tidak muncul-muncul lagi. berpuluh-puluh panggilan daripada Una tidak dijawab Ayad, perasaan gusar mula menyelubungi Una dalam kesejukan malam di Stesyen Keretapi itu. Una terbayang-bayang peristiwa yang sama seperti tempoh hari akan berulang. Una mula gelisah, kelakuannya mula tidak keruan. Nafasnya kuat berhembus, berbatang-batang nikotin dihibiskannya....

Sudah hampir 30 minit masa berlalu, namun kelibat Ayad masih juga tidak kelihatan. Una sudah mula rasa putus asa. Hujan renyai-renyai pula mula turun membasahi tubuh Una yang masih setia menunggu Ayad di Stesyen Keretapi Ipoh. Una mula rasa dirinya seperti terbuang dan diperbodohkan oleh Ayad. Una mula ambil keputusan untuk beredar dari situ. Tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahunya dari belakang. Subahanallah, Ayad muncul dengan keadaan berlumuran darah dengan sebilah senjata pelik di tangannya....

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment