Wednesday, 21 September 2011

Rona, i love you..

Seth si lanun moden yang sangat kejam di antara lanun-lanun yang ada di lautan Carribien. Lihat saja dari susuk tubuh yang besar dan tegap serta kesan parut yang melampau banyaknya sudah cukup buat lawan kecut perut bila berhadapan dengan Seth. Seth merupakan antara golongan lanun yang sangat besar pengaruhnya semasa di lautan. Seth cukup mahir dalam ilmu pelayaran serta lawan pedang. Lawan yang datang sering tewas apabila bertempur dengan Seth. Seth serta anak-anak kapal berlayar ke sebuah pulau terpencil yang terletak di lautan Carribien. Pulau yang hanya dipenuhi dengan hutan tebal terletak betul-betul di antara di tengah-tengah lautan Caribbien. Mengikut daripada kisah mitos lanun-lanun dahulu, di pulau ini terdapat banyak harta karun yang masih belum berjaya di bawa keluar oleh lanun-lanun yang ingin mendapatkan harta karun tersebut. Lanun-lanun yang datang kebanyakannya akan hilang dan misteri kehilangan lanun-lanun tersebut masih belum dapat dirungkai sehingga ke hari ini. Namun, mitos-mitos berkenaan langsung tidak dihiraukan oleh Seth. Apa yang penting baginya, harta karun akan berjaya di bawa pulang.

Suasana di pulau ini sangat sunyi hanya kedengaran degusan ombak pantai yang menghempas kuat. Seth mengarahkan anak-anak kapalnya mencari se serata tempat di pulau ini bagi mendapatkan harta karun berkenaan. Seth hanya memerhati sambil menghembus asap-asap nikotin dengan penuh kepuasan. Seth jalan meninggalkan anak-anak kapalnya untuk memerhati kawasan sekitar pulau berkenaan. Semakin lama, semakin jauh Seth masuk ke dalam hutan tebal di pulau ini. Ketika sedang asyik memerhati persekitaran sekeliling, Seth ternampak bayangan perempuan bercahaya putih tidak jauh dari tempat di berada sekarang. Seth cuba mendekati perempuan bercahaya putih berkenaan namun perempuan bercahaya putih itu terus hilang apabila menyedari dia seakan dihampiri oleh seseorang. Seth berasa hairan, langkahnya terhenti. perempuan yang dilihatnya tadi hilang daripada pandangan matanya. Seth cuba mencari dan memerhati di sekitar tempat itu namun tidak ada langsung bayangan perempuan bercahaya putih tadi.

"Kau cari aku"

Seth terkejut terdengar suara perempuan berkenaan dari arah belakangnya. Dia berpaling dan dia terkejut apabila melihat perempuan bercahaya putih itu di belakangnya.


"Siapa kau?"

"Aku Rona"

"Adakah kau manusia seperti aku?"

"Ye, aku manusia serupa seperti kau, cuma aku dilahirkan bercahaya putih."

Dari mana asal usul kau?"

"Aku berasal dari pulau ini. Dan aku tinggal di pulau ini."

Seth mengerut dahi, dia hairan. Wanita cantik dan bercahaya putih itu tinggal di pulau yang penuh dengan mitos-mitos misteri dan sering dikaitan dengan lambakan harta karun.


"Siapa kau orang asing?"

"Aku Seth, aku bersama anak-anak kapal ku tumpang menetap disini."


Seth cuba menipu. Rona hanya tersenyum sumbing.

"Boleh kau tunjukan aku tempat-tempat di pulau ini?"

Seth cuba mengalihkan perbualan mereka.

"Boleh, jom aku bawa kau jalan-jalan di sekitar pulau ini."

Sementara itu, anak-anak kapal Seth masih lagi sedang ligat mencari harta karun di pulau ini. Tapi masih menemuai jalan buntu. Rona membawa Seth bersiar-siar di sekitar pulau ini yang hanya di penuhi dengan hutan tebal. Dihadapan Rona, perwatakan kejam dan jahat seakan luntur dari diri Seth. Dia berperwatakan baik dan seakan-akan menjadi lelaki yang benci pada keganasan walhal keganasan merupakan salah satu daripada ciri-ciri yang dimiliki oleh Seth. Rona merasa sangat gembira berkenalan dengan Seth kerana sememangnya Rona berasa sangat sunyi tinggal bersendirian di pulau yang tidak berpenghuni ini.

Setelah puas bersiar-siar di kawasan pulau ini, Seth dan Rona berhenti berehat di sebuah batang pokok yang telah
tumbang dan batang pokok itu dijadikan tempat untuk mereka duduk. Mereka sedang asyik berbual dan kadang-kadang perbualan mereka diselitkan gelak tawa timbul kemesraan diantara mereka.

"Kau tahu, kau perempuan pertama yang aku rasa rapat dengan aku."

"Hahaha. Dulu kau tak pernah ada teman wanita?"

"Tak! Aku tak suka perempuan!"

"Tapi kenapa?"

"Sebab bapak aku tinggalkan kami sekeluarga kerana ada perempuan lain."

"Oh, maafkan aku Seth."

"Tak apa Rona. Perkara tu dah lama aku lupakan. Tapi bila aku bersama kau, aku rasa lain. Aku gembira dan aku rasa seperti aku perlukan perempuan seperti kau selalu berada dengan aku."

"Errrr..Kau bawalah aku berlayar bersama dengan kau Seth."

Rona tertunduk malu selepas mengeluarkan kata-kata tersebut.

Anak-anak kapal Seth hairan kerana Seth masih lagi tidak pulang-pulang sejak dari tadi. Mereka risau tentang
keselamatan Seth. Usaha mencari harta karun masih gagal ditemui. Anak-anak kapal Seth bagi sudah putus harapan untuk mencari harta karun di pulau ini. Sedang anak-anak kapal Seth asyik mencari harta karun, kedengaran satu ngauman nyaring yang mengejutkan mereka semua. Mereka saling menoleh antara satu sama lain. Mitos-mitos dulu kala serta merta bermain difikiran mereka. Tiba-tiba muncul puluhan makhluk bersisik hijau bermata kemerahan, bergigi taring, bertanduk dan berekor menyerang anak-anak kapal Seth. Berlaku satu pertempuran yang amat dasyat diantara anak-anak kapal Seth dan makhluk bersisik hijau itu. Satu-persatu anak-anak kapal Seth mati dalam pertempuran dengan mahkluk bersisik hijau itu. Mereka dibaham, anggota-anggota badan mereka rakus diratah-ratah bagai daging haiwan. Mati kesemuanya dalam keadaan yang sangat mengerikan. Mahkluk-mahkluk bersisik hijau itu segera berlari masuk ke dalam hutan tebal di pulau ini kerana masih terhidu bau daging manusia.

Seth mula rasa selesa dengan Rona, Rona melayan Seth dengan begitu mesra. Mereka seperti pasangan sedang mabuk dilamun cinta. Seorang lanun yang gagah dan kejam akhirnya akur dan tunduk pada perempuan bercahaya putih. Rona berjaya menambat hati Seth dan membuatkan Seth jatuh cinta pada Rona. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Bibir sudah mula bermuncung kehadapan, Seth duduk makin rapat dengan Rona. Bibir mereka sudah saling bermuncung hanya menunggu saat untuk berkucupan antara satu sama lain. Hati Seth bergoncang pantas, terasa sangat berdebar-debar mengalahkan rasa berdebar ketika berhadapan dengan musuh untuk berkucupan pertama kali dalam hidup Seth. Ketika Seth dan Rona sedang ingin berkucup, kelihatan beribu-ribu mata merah sedang memerhatikan mereka. Seth yang lantas memeluk Rona bagi melindunginya. Mata-mata merah tadi terus makin hampir ke arah mereka dan Seth amat terkejut melihat makhluk pelik bersisik hijau telah mengepung mereka berdua. Tubuh Seth mengigil-gigil memeluk Rona yang hanya diam terpaku dalam pelukan Seth. Makhluk bersisik hijau itu semakin menghampiri Seth dan Rona. Makhluk bersisik hijau itu mula untuk menerkam Seth dan Rona.


"Berhenti............"


Teriakan Rona tersebut mengejutkan mahkluk bersisik hijau itu dan mahkluk bersisik hijau itu perlahan-lahan mengundur
kebelakang. Rona melepaskan pelukan Seth dan terus merenung tajam makhluk bersisik hijau itu. Secara tiba-tiba kelakuan Rona yang tadinya lemah lembut bertukar menjadi sangat agresif dan warna kulitnya bertukar menjadi sisik-sisik hijau, matanya bertukar kemerahan, tumbuh tanduk dikepalanya dan ekor di bahagian punggungnya. Kecantikan Rona perempuan bercahaya putih bertukar menjadi makhluk yang sangat hodoh dan menakutkan. Rona bertukar menjadi mahkluk bersisik hijau sama dengan makhluk yang ingin menerkam mereka. Seth amat terkejut dengan perubahan Rona, seluruh badannya mengigil-gigil ketakutan.

"Pergi!! Ini makanan aku."

Rona mengaum nyaring dan berjaya mengusir makhluk bersisik hijau yang lain pergi. Seth hanya terkedu dan mati langkah untuk bergerak dan masih mengigil-gigil.

"Siapa kau sebenarnya?"

"Aku mahkluk bersisik hijau yang menakutkan. Aku hanya bertukar menjadi perempuan bercahaya putih kerana aku lihat kapal kau berlabuh di pulau ini."

"Apa yang kau mahukan daripada aku?"

"Cinta."

"Aku bukan cinta kau. Kau manusia, kau mahkluk yang menakutkan!"

"Seth, aku disumpah menjadi seperti ini. Dahulu aku seperti manusia-manusia biasa. Akibat sumpahan aku bertukar menjadi mahkluk bersisik hijau dan mempunyai kuasa magis. Aku boleh berubah menjadi apa yang aku mahu. Jika benar kau cinta kan aku bawa la aku pulang bersama kau."

"Maafkan aku, aku terpaksa pergi. Selamat tinggal Rona."

Sebelum Seth meninggalkan Rona, Seth kucup dahi Rona yang bersisik itu. Dan Seth terus berlalu pergi sambil menitiskan airmata. Sesungguhnya dia amat mencintai Rona namun dia tidak dapat menerima hakikat bahawa Rona adalah makhluk bersisik hijau. Satu cahaya putih terang memancar dari tubuh Rona, Seth yang melihat cahaya berkenaan berpaling kebelakang dan cahaya itu terlalu terang sehingga mengamburkan penglihatan Seth. Sedikit demi sedikit cahaya putih berkenaan mula hilang, dan Rona makhluk bersisik hijau bertukar menjadi manusia dalam keadaan berbogel. Seth terus berlari kearah Rona dan terus memeluk Rona erat-erat dan mengucup bibir Rona. Kucupan cinta pada dahi Rona tadi telah memulihkan sumpahan keatas Rona. Cinta adalah penawar kepada sumpahan yang dialami oleh Rona. Seth merasa sangat gembira dan terus mendukung Rona untuk dibawa ke kapal tempat Seth dan anak-anak kapal Seth berlabuh.

Tiba di tempat labuhan kapal Seth, dia amat terkejut melihat anak-anak kapalnya semua sudah tiada, yang ada hanyalah kesan-kesan darah serta cebisan daging yang bertaburan di atas pasir laut. Seth terus berlari sambil mendukung Rona dan menuju kearah kapal. Malangnya, kapal Seth telah ditawan oleh mahkluk bersisik hijau itu. Perlahan-lahan kapal itu mula bergerak menuju ke laut. Seth hanya tersenyum sambil memandang Rona,

"Aku sanggup kehilangan semua yang aku miliki, tapi aku tak sanggup kehilangan kau sayang."

No comments:

Post a Comment