Sunday, 31 July 2011

Perempuan..

Hati-hati retak mula berselerak.
Lihat kau yang dah mula belagak.
Dahulunya kau kata cinta.
Sekarang kau kata celaka.

Bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! bodoh!!!!

Siang malam siang malam siang malam.
Aku fikir tentang kau yang dah mula tenggelam.
Dalam pelukan si jantan anak haram.
Yang merentap dara kau si perempuan kelam!!

Bongok! bongok! bongok! bongok! bongok!!!

Perempuan!!
Cinta aku suci.
Bukan untuk berahi.
Bukan untuk beronani.
Bukan untuk dieksperimentasi
Bukan untuk diratapi. 
Dan bukan untuk disakiti..

Terawih #1

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Seruan azan itu menanda kan maksudnya waktu solat Isyak. Aku yang baru tiba dari Ipoh bergegas lari sambil memikul beg pakaian yang ku bawa bersama. Malam ni bukan malam biasa. Malam ni merupakan malam pertama aku menunaikan solat Terawih bersama member-member Kolej yang sudah aku kenal hampir 7 bulan. Suasana di Kolej agak sepi memandangkan penghuni-penghuni masih belum pulang kerana ingin bersahur bersama keluarga agaknya. Aku terus bergegas naik ke bilik untuk meletak semua beg-beg dan barang yang aku bawa. Tapi apa yang aku sangka tidaklah sama dengan apa yang aku lihat sekarang. Semua member bilik aku masih lagi belum pulang. Nampak gayanya aku solat terawih sorang-sorang lah malam ni. Aku hempaskan badan ku ke tilam bagi menghilangkan seketika penat dalam perjalanan pulang ke kolej tadi. 


Tuuuuzzzz!! tuzzzzzz!!!

Tiba-tiba handphone aku bergetar. Aku saja buat silent mood supaya tak mahu menggangu penumpang lain dalam bas tadi. Aku terima satu sms dan aku tak tahu siapa yang hantar. Sebab handphone yang aku guna ni ialah handphone classmates aku. Handphone aku rosak, jadi aku tak dapat mengenalpasti siapa yang hantar sms tu. Aku pun capai handphone yang aku letak di sebelah aku. Dan aku baca. 
"Salam..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Semoga segala amalan diberkati Allah. -D-"
Sms yang aku terima rupanya daripada D, kekasih lama yang sudah hampir 3 tahun aku berpisah dengan dia. Hidup lagi dia rupanya. Aku tak balas pun sms tu sebab sakit hati aku pada dia masih segar sampai sekarang.

Kejap saja masa macam berlalu, dan kini aku berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Bulan yang aku rasa semua orang macam nak tunjuk baik, tinggalkan sekejap amalan buruk, bulan yang tengah hari kurang bau rokok, bulan yang orang ramai tak pusu-pusu makan kat kedai mamak, dan bulan yang syaitan dan hantu semua kena ikat. Cuma yang ada manusia bertopengkan syaitan dan budak-budak hantu yang aku percaya sekarang tengah cucuh sumbu nak hidupkan meriam buluh ciptaan mereka....

Selesai aku mandi dan mensucikan diri, aku sarungkan baju raya tahun lepas bersama seluar jeans ala-ala melayu murtad. Aku jalan kaki menuju ke surau di Kolej aku. Dari riak wajah budak-budak ni aku nampak diorang memang ikhlas nak mentauhidkan diri pada Tuhan. Ada juga riak wajah yang nak makan "moore" lepas solat Tarawih ni. Tapi biarlah, manusia masing-masing ada jalan hidup dan tujuan masing-masing. Dan bagi aku pula, amat berharap semoga tuhan dapat menerima aku yang keji ni seadanya..

Tuesday, 26 July 2011

Buat Jantan Merempat..

Jalan tar yang mula lembap.
Ditambah bunyi deruman bas bertayar empat.
Penglihatan aku tak lepas memerhati jantan-jantan merempat.
Apakah sebenarnya kehidupan tak punya matlamat?
Atau ini cara menyara isteri beranak empat.
Doa ku pada si jantan-jantan merempat.
Semoga malaikat beri kau syafaat.
Semoga tuhan beri kau rahmat.
Biar kau hidup dengan selamat.

Friday, 22 July 2011

Go Die..

Jumaat, 3:00 petang. Sesudah semua lelaki beragama Islam selesai menunaikan Solat Jumaat.
Aku terjaga dari tidur lantas aku capai handphone lalu aku call dia. Setelah hampir 2 tahun  berpisah.

Aku: Hello. D ke tu?
Dia: Ye, saya bercakap. Siapa tu?
Aku: Ni saya la A. Kenal lagi tak?
Dia: Oh..A rupanya. Kenal la. Awak sihat?
Aku: Sihat. Awak sihat?
Dia: Alhamdulilllah sihat. Kenapa tiba-tiba awak call saya ni?
Aku terus straight to the point. Malas nak kias-kias lagi.
Aku: Errr..Sebenarnya saya mimpi awak masa tidur tadi. Mimpi tu buat saya rindu dekat awak.
        Awak datang dekat saya, awak terus menanggis dan awak cakap awak pun rindu kan saya.
Dia: Yeke? Mimpi tu mainan tidur, jangan layan sangat.
Aku: Bye!


Celaka..Perempuan tak paham apa yang lelaki harapkan. 

Thursday, 21 July 2011

Batu Ferringhi..

Aku sarungkan pagoda dan jeans lusuh.
Sambil melihat matahari yang mula tergelincir jatuh.
Ombak-ombak pantai bagai menghempas angkuh.
Merentap jiwa-jiwa kacau yang mula rapuh.
Tanda senja mula berlabuh.
Aku lihat melayu sudah mula berganjak.
Mencari maghrib yang mula terlajak.
Bikini,arak,sex dan muzik sudah mula kedengaran.
Menegelamkan laungan maha suci azan.
Aku lihat Si putih mula terlonjak-lonjak.
Tanda malam akan mula rancak.
Angin pantai semakin mencengkam.
Tubuh-tubuh yang tadi rancak tiba-tiba tergamam.
Ombak yang datang bukan semacam.
Ombak yang datang meragut rancak malam.
Hujan renyai mula membasahi.
Tubuh-tubuh rancak tak jadi berahi.
Ombak yang datang bagai mencemburui.
Sekelip mata suasana sunyi.
Melenyapkan si putih yang buta hati.


Siang yang terbit indah berseri.
Tinggalkan malam penuh tragedi.
Tubuh-tubuh rancak mula ditutupi.
Tak lagi istimewa di mata ini.
Tapi jadi memori di Batu Ferringhi.

Tuesday, 12 July 2011

Nimat.

"Pukimak kau babi anjing, berani kau menipu aku."
"Pukimak kau babi anjing, berani kau menipu aku."

Lagu Naratu tu jadi peneman aku dalam malam yang agak sunyi. Suzie, teman wanita aku sedang nyenyak tidur melayan mimpi-mimpi gersangnya. Aku memandu keseorangan, jalan raya sunyi tanpa deruman enjin-enjin kereta yang lalu-lalang di jalan raya ini. Tangan aku kadang-kadang mula merayap di seluruh tubuh Suzie yang mantap dan sexy bagi menyegarkan mata aku daripada terlelap.
Penglihatan aku kurang jelas memandu pada waktu malam, aku hanya berpandukan pada line di atas jalan raya ini supaya aku berada di lorong yang betul. 

"Sayang, are you oke?"
Sapa Suzie yang terjaga dari tidur lalu memegang tangan aku.

"i oke sayang. Best tidur tadi? You mimpi apa sayang?"
Balas aku sambil tersenyum melihat Suzie.

"i mimpi best sangat sayang. i mimpi i bercinta dengan this guy ni, but i tak sure siapa dia. i rasa horny sangat bila dia belai-belai tubuh i."
Jawab Suzie dengan penuh kenikmatan terpancar di mukanya.

Aku hanya tersengih dan kembali menumpukan perhatian untuk memandu.


Cinta itu nikmat..




Sunday, 10 July 2011

Syurga

Dalam keadaan separuh normal sambil memegang botol wiski Ali berdiri di atas bumbung rumahnya.
Dan mula mengeluarkan sepucuk surat lalu membacanya.

Sayang, aku minta maaf sangat-sangat pada kau kerana tak dapat meneruskan lagi perhubungan kita ini. Aku akan berpindah ke Berlin dan menetap disana bersama keluarga. Ini bukanlah kemahuan aku, tapi atas desakan bapa tiri aku yang mahu kami berpindah ke sana. Sayang, aku tahu ini amat berat untuk kau terima. Tapi aku harap, suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa. Kalau bukan di dunia mungkin di syurga kelak. Aku nak kau tahu yang aku amat benar cinta dan sayangkan engkau. Dan tidak ada lelaki lain selain diri kau dalam hati aku ni. Sayang, kau jaga diri baik-baik ok. 



Suzie.




"Sayang, aku tunggu kau di syurga."

Ali terjun dari bumbung dan mayatnya dijumpai oleh orang ramai pada keesokan harinya.


Cinta. kadang-kadang membunuh.

Friday, 8 July 2011

Rasis..

‎"MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis.




Tun Dr Mahathir Mohamad..

Tuesday, 5 July 2011

Cinta?

Disebalik lorong gelap. Di tingkat 2 hotel bajet.
1:40 a.m.

Mat Kental: Sayang betul ke you cinta kan i?

Pelacur: Ye, i memang cinta kan you. Kenapa you tanya macam tu?

Mat Kental: Tak, i just nak kepastian dari you.

Pelacur: Sayang, i buat semua kerja ni untuk masa depan kita. I tak nak kita hidup merempat nanti.

Mat Kental: Betul ke sayang?

Pelacur: Betul sayang.

Mat Kental: Terima kasih sayang.



Cinta?

Palat

Bagun aku dari tidur,

Tengok adik yang da kendur,

Badan macam tak subur,

argghh jubor!!

Nak mengira, aku tak selera.

Nak mengaji, aku tak reti.

Nak azan, aku meraban.

Nak solat, tak tau kiblat.

Palat!

Hujan Malam

Hujan renyai-renyai. Malam makin suram. Jam 2:45 a.m. Sunyi sepi, jalan raya basah. Angin bertiup kencang, mencengkam tulang sampai ke rusuk.

Ali dalam keadaan buntu terus berlari macam tak tentu hala. "Hujan, aku nak kau jadi saksi yang aku si haram jadah nie amat benar mencintai kau perempuan!!"

"Cinta tu bustard! Fuck off! Pantat! Kau makan diri aku!"

Ali mula lemah, tubuh da mula layu, mata da mula kuyup, fikiran tetap bercelaru. "Sial!!!" 
Ali rebah melutut, lalu dongak ke langit. "Hujan, berilah aku air-air mu ini, agar dapat aku siram biar cinta tu kembali subur!!"

Tok! tok! tok!

Ali tersedar dari lelap. Dan buka pintu toilet dalam keadaan naked. Ali lihat seorang perempuan separuh naked tersenyum lalu pegang erat tangannya. "Sayang, kenapa lambat sangat, da lama i tunggu u kat bilik."

Ali yang tadi blur, tersenyum sinis.

Terima kasih hujan, kau beri aku cinta.

Kusut

Hidup macam dah mati.
Kaki macam tak bisa berdiri.
Badan dah bau macam babi.
Mata hanya boleh memerhati.

Kusut, serabut!!!

Asap rokok aku hembus.
Jari-jemari aku hapus.
Hidup tak terurus..
Baik aku mampos!!

Otak bercelaru.
Badan tak berbulu.
Hidung tak bisa hidu
Muka macam hindu.

Kusut, serabut!!

Datanglah hidup.
Agar udara dapat aku hirup.
Biar aku tak lingkup!!

Aku

Aku bukan kayu,
 Aku bukan batu,
  Aku bukan ratu,
   Aku bukan dungu.
    Aku bukan dewa,
     Aku bukan raja,
       Aku bukan pendeta,
         Aku bukan dusta.

BURGER KING

Dalam kesibukan, berasak-asak beratur, bergesel-gesel bahu, bermacam-macam bau di dalam Burger King.

Setelah hampir sejam beratur, lutut macam nak tercabut, pinggang dah mula rapuh, perut da mula "bershuffle" akhirnya lelaki kental berbaju "singkat" tu sampai jua ke kaunter hadapan.

"Bro, bagi aku burger chess saiz XXL satu. Air,aku nak air milo."

"Makan sini atau bungkus" tanya si pelayan kaunter.

"Makan sini bro! tapi aku nak bungkus." balas lelaki kental tu.

"err, makan sini atau bungkus." tanya si pelayan tu lagi.

"Weh bodoh! Kau ni budak baru ke? Aku tak suka ulang lagi apa yang aku dah cakap tadi." marah si Mat Kental.

Lalu, beradar Si Mat Kental berbaju singkat yang lagak ala-ala cool.

Siapa yang betul dan siapa yang patut di betulkan..

"HIM" Hidup Ini Malang

Semalam kau datang buat aku sengsara..
Nafas ku kuat berhembus, jiwa ku kosong..
Mata hanya dapat ku lihat, mulut hanya terdiam membisu..
Semua cita-cita tak bisa telunas lagi..

Pagi ini aku berdiri lagi dengan hati berkobar-kobar..
Dengan harapan engkau tak kan wujud..
Hati mula berdebar-debar..
Mengharap semua cita-cita menjadi realiti..

Tuhan! kau jadi kan siang indah berseri..
Kau jadi kan malam sunyi sepi..

Terlalu la lekas masa berdetik..
Hingga ada insan tersepit..
Aku hanya mampu berlari..
Bila, cita-cita tak jadi realiti..

Tuhan!  Kau jadi kan akal buat semua berfikir..
Kau jadi kan nafsu buat buat semua terkujur layu..

Lemah sudah sendi anggota..
Bila impian aku tak semua menggena..
Engkau boleh tersenyum sekarang..
Lihat aku tersumpah malang..

MALANG..

MAT SELAMAT

Kau hidup dengan khayalan yang kau cipta sendiri.
Kau nak jadi RAJA. KAU nak jadi AGONG. Kau nak jadi Perdana Menteri.
Khayalan yang kau cipta sendiri datang bila kau jilat,kau hisap najis tuh!

Hei MAT SELAMAT!
Sedarkah kau yang khayalan kau tu hanyalah khayalan kau dan najis-najis kau.
Bila amik kau tak sedar. Kau hight.
Kau menari, kau nyanyi.
Kau hapus dalam dunia nyata ni.

Hei MAT SELAMAT!
Wajarkah kau azan kan anak kau dalam keadaan kau sebegini?
Tak malukah kau bila anakmu itu tahu yang bapanya kaki najis tu.
Bagaimana dengan isteri? bapa? ibu?
Mereka bimbing kau. Kau lawan.
Kau maki. Kau pukul. Kau memberontak.

Hei MAT SELAMAT!
Kau jangan angkuh. Jangan bongkak.
Suatu hari pasti kau sedar.
Kau menyesal. Kau menangis.
Lihat diri kau terkujur di lorong-lorong gelap.
Di bawah jambatan. Di dalam longkang.

Hei MAT SELAMAT!
Ingat!
Hari-harimu tak lah seindah khayalan yang kau cipta.
Bila sampai masa,kau pasti terjerat dalam khayalan indah yang kau cipta.
Masa tu.Isteri, Anak, Bapa, Ibu hanya dapat melihat kau di sebalik bilik besi yang tak penah kau 
khayalkan sebelum ni.

Monday, 4 July 2011

Macam ini


macam ini..
ku lihat bulan tak seindah bila awan yang mendung datang..
ku lihat matahari tak secerah dek' awan yang menutupi..
macam ini..
ingin ku ungkap tak siapa yang faham..
ingin ku ukir tak siapa yang sudi lihat..
macam ini..
andai ku hidup seribu tahun lagi tak ku gagah berdiri lagi..
andai ku mati hari ini tak ku capai apa yang ku ingini..
macam ini..
biarlah burung terbang di langit biru..
biarlah ikan berenang di laut biru..
macam ini..
tak kan hidup mati bersama..
tak kan mati hidup kembali..
macam ini..
bila hati terdetik perasaan berbunga..
bila mulut berbicara luahan pasti terlafaz jua..
macam ini..
kelak terbuka pintu hati..
kelak menerima insan di sisi..

Kotak Hati


Hei si KOTAK HATI!
Wujudnya engkau tanpa diminta..
Datangnya cuma menyimpan perasaan..
Hei si KOTAK HATI!
Kalau bisa engkau bersuara..
Pasti engkau pujaan semua..
Hei si KOTAK HATI!
Ingin aku dampingi engkau..
Buat hiburan diri yang gundah..
Hei si KOTAK HATI!
Pernah juga aku tertanya..
Bagaimana jika engkau tiada..
Hei si KOTAK HATI!
Jadi lah teman aku di sisi..
Hingga diri "tak" bernyawa lagi..
Hei si KOTAK HATI!
Jika aku ada pesanan..
Akan ku luahkan apa terpendam..
Hei si KOTAK HATI!
Biar ku akhiri perjalanan ini..
Menuju si "maha pencipta" ini..