Sunday, 31 July 2011

Terawih #1

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Seruan azan itu menanda kan maksudnya waktu solat Isyak. Aku yang baru tiba dari Ipoh bergegas lari sambil memikul beg pakaian yang ku bawa bersama. Malam ni bukan malam biasa. Malam ni merupakan malam pertama aku menunaikan solat Terawih bersama member-member Kolej yang sudah aku kenal hampir 7 bulan. Suasana di Kolej agak sepi memandangkan penghuni-penghuni masih belum pulang kerana ingin bersahur bersama keluarga agaknya. Aku terus bergegas naik ke bilik untuk meletak semua beg-beg dan barang yang aku bawa. Tapi apa yang aku sangka tidaklah sama dengan apa yang aku lihat sekarang. Semua member bilik aku masih lagi belum pulang. Nampak gayanya aku solat terawih sorang-sorang lah malam ni. Aku hempaskan badan ku ke tilam bagi menghilangkan seketika penat dalam perjalanan pulang ke kolej tadi. 


Tuuuuzzzz!! tuzzzzzz!!!

Tiba-tiba handphone aku bergetar. Aku saja buat silent mood supaya tak mahu menggangu penumpang lain dalam bas tadi. Aku terima satu sms dan aku tak tahu siapa yang hantar. Sebab handphone yang aku guna ni ialah handphone classmates aku. Handphone aku rosak, jadi aku tak dapat mengenalpasti siapa yang hantar sms tu. Aku pun capai handphone yang aku letak di sebelah aku. Dan aku baca. 
"Salam..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Semoga segala amalan diberkati Allah. -D-"
Sms yang aku terima rupanya daripada D, kekasih lama yang sudah hampir 3 tahun aku berpisah dengan dia. Hidup lagi dia rupanya. Aku tak balas pun sms tu sebab sakit hati aku pada dia masih segar sampai sekarang.

Kejap saja masa macam berlalu, dan kini aku berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Bulan yang aku rasa semua orang macam nak tunjuk baik, tinggalkan sekejap amalan buruk, bulan yang tengah hari kurang bau rokok, bulan yang orang ramai tak pusu-pusu makan kat kedai mamak, dan bulan yang syaitan dan hantu semua kena ikat. Cuma yang ada manusia bertopengkan syaitan dan budak-budak hantu yang aku percaya sekarang tengah cucuh sumbu nak hidupkan meriam buluh ciptaan mereka....

Selesai aku mandi dan mensucikan diri, aku sarungkan baju raya tahun lepas bersama seluar jeans ala-ala melayu murtad. Aku jalan kaki menuju ke surau di Kolej aku. Dari riak wajah budak-budak ni aku nampak diorang memang ikhlas nak mentauhidkan diri pada Tuhan. Ada juga riak wajah yang nak makan "moore" lepas solat Tarawih ni. Tapi biarlah, manusia masing-masing ada jalan hidup dan tujuan masing-masing. Dan bagi aku pula, amat berharap semoga tuhan dapat menerima aku yang keji ni seadanya..

No comments:

Post a Comment