Sunday, 10 July 2011

Syurga

Dalam keadaan separuh normal sambil memegang botol wiski Ali berdiri di atas bumbung rumahnya.
Dan mula mengeluarkan sepucuk surat lalu membacanya.

Sayang, aku minta maaf sangat-sangat pada kau kerana tak dapat meneruskan lagi perhubungan kita ini. Aku akan berpindah ke Berlin dan menetap disana bersama keluarga. Ini bukanlah kemahuan aku, tapi atas desakan bapa tiri aku yang mahu kami berpindah ke sana. Sayang, aku tahu ini amat berat untuk kau terima. Tapi aku harap, suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa. Kalau bukan di dunia mungkin di syurga kelak. Aku nak kau tahu yang aku amat benar cinta dan sayangkan engkau. Dan tidak ada lelaki lain selain diri kau dalam hati aku ni. Sayang, kau jaga diri baik-baik ok. 



Suzie.




"Sayang, aku tunggu kau di syurga."

Ali terjun dari bumbung dan mayatnya dijumpai oleh orang ramai pada keesokan harinya.


Cinta. kadang-kadang membunuh.

No comments:

Post a Comment